Saturday, September 29, 2018

CADANGAN


Inovasi pula bermaksud cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan dan kehidupan masyarakat. Inovasi boleh berbentuk dari produk, perkhidmatan, proses dan teknologi. Bagi mewujudkan kreativiti dan inovasi  ia perlu dipupuk dengan acuan yang tersendiri dan mengikut strategi-strategi yang betul.


Untuk membuat produk inovasi perlulah  berfikiran secara  kritis dalam melaksanakan produk tersebut serta  dengan mencari penyelesaian yang kreatif dan inovatif, sehingga menjangkau pemikiran dan keberanian untuk bereksperimen dengan menggunakan kaedah kerja baru, di luar kotak.


Strategi kedua dengan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dengan barisan hadapan yang lebih berinovatif, yang selaras dengan matlamat program transformasi bagi mewujudkan enjin baru untuk melaksanakan perubahan dan membina momentum.


Strategi ketiga pula penyuburan nilai-nilai inovasi dan kreativiti dalam persekitaran dan budaya kerja dalam organisasi. Perubahan sikap bagi memupuk budaya inovasi dan kreativiti perlu bermula daripada pucuk kepimpinan atasan sehingga ke pucuk pimpinan bawahan.  Prrlulah berjiwa kreatif dan inovatif mencuba perkara baru, bagi memastikan nilai-nilai kreativiti dan inovasi benar-benar dihayati dan menjadi budaya kerja sekalian anggota di dalam organisasinya.


Strategi keempat, untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif seseorang itu perlu berkemahiran dan berilmu pengetahuan. Budaya pembelajaran seperti membaca, berbincang, membuat penyelidikan, berkursus, berseminar, melanjutkan pelajaran dan penganjuran perbagai majlis ilmu yang melibatkan anggota organisasi, perlu terus dipupuk dan dikembangkan kerana ia akan menjadi sumber kepada cetusan idea kreatif dan inovatif.


Strategi terakhir ialah dengan melaksanakan perbagai aktiviti bagi pembudayaan inovasi, menggalakkan penubuhan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi memberi ruang dan peluang kepada  untuk menyuarakan sesuatu bagi menyelesaikan sebarang permasalahan kerja atau cadangan inovasi yang dapat meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan organisasi tersebut.


Program mendekati masyarakat perlu dilaksanakan secara berterusan dan telus bagi membolehkan rakyat mengemukakan aduan, input, cadangan inovasi atau sebarang cadangan bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan dalam negara.


Kesimpulanya, segala apa yang dirancangkan perlu dilaksanakan bagi mengembangkan budaya inovasi dan kreatif dalam organisasi. Tranformasi harus dilakukan tidak kira dari sektor mana dapat melahirkan pekerja yang produktif dan secara tidak langsung akan meningkatkan imej negara

No comments:

Post a Comment

KESIMPULAN

Kreativiti dan inovasi ianya   bermula dengan idea. Justeru, melalui idea yang ada ianya dapat melahirkan sebuah produk inovasi yang m...