Kreativiti dan inovasi ianya bermula dengan idea. Justeru, melalui idea
yang ada ianya dapat melahirkan sebuah produk inovasi yang menarik dan banyak
kegunaannnya, idea tersebut mungkin akan membawa perubahan besar serta melalui
produk inovasi ini mungkin dapat menjalankan perniaggaan serta mendapat
keuntungaan yang lumayan.
Dengan kreativiti dan inovasi, sebarang produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan, akan membentuk keunikan yang berbeza dengan
produk atau perkhidmatan yang sama ada telah sedia ada di pasaran.
Dunia perniagaan
sangat berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Tanpa kreativiti dan
inovasi, dunia perniagaan akan kekal statik tanpa sebarang pembaharuan dan
perubahan sesebuah produk tersebut.
Justeru, kita digalakkkan
untuk membudayakan kreativiti dan inovasi di dalam model perniagaan.
Produk inovasi yang dihasilkan akan lebih bergerak maju dan berjaya berbanding
dengan model perniagaan yang hanya
mementingkan jualan semata-mata.
Kreativiti dan inovasi di dalam dunia perniagaan boleh
dilakukan dalam pelbagai cara. Antaranya melalui produk, perkhidmatan, jenama,
model perniagaan dan pemasaran.
Secara umum , inovasi dikatakan sebagai pembaharuan atau
perubahan yang terjadi dari suatu keadaan lain yang berzeda dengan keadaan
sebelumnya. Perubahan hampir sama dengan inovasi atau pembaharuan. Dalam
perubahan proses terjadinya juga berlangsung secara ilmiah. Tetapi perubahan
dikatakan inovasi apabila perubahan tersebut dilakukan dengan sengaja untuk
memperbaiki keadaan sebelumnya agar lebih menguntungkan bagi peningkatan
kualiti hidup, Permasalahan-permasalahan
yang dihadapi dalam inividu ialah
pmemerlukan untuk mendapat pencerahan itu dengan tepat, contohnya harus diselesaikan secara sistemaDalam
kepentingan tersebut, inovasi dalam bidang amatlah penting dalam kehidupan.
Kreativiti dan inovasi amatlah penting bagi mewujudkan
persekitaran yang berdaya maju dan
kompetitif agar dapat bersaing dalam dunia yang semakin mencabar ketika ini.
Individu yang mengabaikan nilai-nilai kreativiti dan inovasi akan ketinggalan
dan akan terus berada di belakang pesaing-pesaing yang terus-menerus
mengeluarkan produk inovasi atau perkhidmatan yang inovatif selaras dengan
perkembangan dunia semasa.
No comments:
Post a Comment