Saturday, September 29, 2018

ISI DAN HURAIAN


Peranan pendidikan merupakan faktor yang amat  penting dalam upaya menyelesaikan masalah dalam kehidupan.Kepentingan dalam inovasi ini boleh meningkatkan kemajuan produk tersebut. Ia jugak dapat menjadikan seseorang tu menjadi lebih kreatif, berfikir secara lebih mendalam. Antara kepentingan inovasi ini adalah kita dapat melihat sesuatu produk itu terdapat perubahan daripada keadaan sebelumnya. Perubahan produk yang dilakukan ianya lebih mesra alam, terdapat banyak kebaikan. di samping itu melalui produk inovasi ini membolehkan seseorang itu menjana pendapatan dan ia juga dapat meningkatkan ekonomi seseorang individu tersebut. Perkara yang diharapkan setelah dilakukan inovasi dalam kalangan pendidikan ialah perubahan produk inovasi ini dapat menunjukkan sesuatu yang unik dan menarik dari keadaaan sebelumnya. Perbezaan keadaan sebelum dan seleepas ianya adalah mesra alam. Pembaharuan produk ini menjadikan seseorang itu peka terhadap produk tersebut. Ia jugak menjadikan  individu tersebut dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi. Ini dapat menjadikan produk inovasi tersebut mempunyai pencapaian tujuan yang jelas. Inovasi merupakan sesuatu kaedah atau sistem yang baru diperkenalkan bagi tujuan memudahkan kehidupan pada masa akan datang. Menyedari kepentingan inovasi terkini dalam kehidupan seharian, membudayakan inovasi dalam kalangan generasi muda perlu dilakukan seawal usia. Di peringkat pendidikan tinggi, Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program termasuk pertandingan tertentu yang berkaitan inovasi dalam usaha membudayakan inovasi dalam kalangan pelajarnya. Antara produk yang dihasilakan melalaui Pertandingan Inovasi dan Reka cipta  ialah penghalau lebah, sistem klinik, sistem maklumat pinjaman barangan stor sukan, mini urban farming dan beg beroda. Inovasi dan kreativiti adalah fokus utama kerajaan dalam usaha menuju ke arah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pendek kata, inovasi merupakan asas kepada pertumbuhan dan kemajuan negara. Pelbagai program yang telah dirangka dan dilaksanakan bagi membudayakan inovasi di peringkat sektor awam menandakan kepentingan budaya inovasi dalam mendukung agenda transformasi sektor awam. Mengambil iktibar daripada pendekatan itu, pelbagai landasan telah disediakan bagi mengiktiraf hasil inovasi yang diketengahkan oleh individu atau kumpulan di sektor pengajian tinggi. Setiap manusia dikurniakan tahap inovasi yang berbeza-beza dan tahap inovasi seseorang individu itu mungkin bergantung kepada pengalaman, pendedahan, kebijaksanaan atau kepekaan mereka menilai persekitaran. Seseorang yang sangat peka kepada persekitaran sama ada dalam lingkungan kehidupan masyarakatnya atau yang lebih global akan dapat menghasilkan inovasi yang lebih baik, minat terhadap inovasi perlu dipupuk dan diambil perhatian di semua peringkat masyarakat sama ada dalam kalangan pentadbir, penyelidik, usahawan, pendidik, petani dan yang lebih para pelajar . Pembudayaan inovasi akan menjadikan seseorang terdedah dengan tahap pemikiran yang meluas.


No comments:

Post a Comment

KESIMPULAN

Kreativiti dan inovasi ianya   bermula dengan idea. Justeru, melalui idea yang ada ianya dapat melahirkan sebuah produk inovasi yang m...