Saturday, September 29, 2018

KESIMPULAN



Kreativiti dan inovasi ianya  bermula dengan idea. Justeru, melalui idea yang ada ianya dapat melahirkan sebuah produk inovasi yang menarik dan banyak kegunaannnya, idea tersebut mungkin akan membawa perubahan besar serta melalui produk inovasi ini mungkin dapat menjalankan perniaggaan serta mendapat keuntungaan yang lumayan.

Dengan kreativiti dan inovasi, sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, akan membentuk keunikan yang berbeza dengan produk atau perkhidmatan yang sama ada telah sedia ada di pasaran.


 Dunia perniagaan sangat berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Tanpa kreativiti dan inovasi, dunia perniagaan akan kekal statik tanpa sebarang pembaharuan dan perubahan sesebuah produk tersebut.

Justeru, kita digalakkkan  untuk membudayakan kreativiti dan inovasi di dalam model perniagaan. Produk inovasi yang dihasilkan akan lebih bergerak maju dan berjaya berbanding dengan model perniagaan  yang hanya mementingkan jualan semata-mata.

Kreativiti dan inovasi di dalam dunia perniagaan boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Antaranya melalui produk, perkhidmatan, jenama, model perniagaan dan pemasaran.


Secara umum , inovasi dikatakan sebagai pembaharuan atau perubahan yang terjadi dari suatu keadaan lain yang berzeda dengan keadaan sebelumnya. Perubahan hampir sama dengan inovasi atau pembaharuan. Dalam perubahan proses terjadinya juga berlangsung secara ilmiah. Tetapi perubahan dikatakan inovasi apabila perubahan tersebut dilakukan dengan sengaja untuk memperbaiki keadaan sebelumnya agar lebih menguntungkan bagi peningkatan kualiti  hidup, Permasalahan-permasalahan yang dihadapi dalam inividu ialah  pmemerlukan untuk mendapat pencerahan itu dengan  tepat, contohnya  harus diselesaikan secara sistemaDalam kepentingan tersebut, inovasi dalam bidang amatlah penting dalam kehidupan.



Kreativiti dan inovasi amatlah penting bagi mewujudkan persekitaran  yang berdaya maju dan kompetitif agar dapat bersaing dalam dunia yang semakin mencabar ketika ini. Individu yang mengabaikan nilai-nilai kreativiti dan inovasi akan ketinggalan dan akan terus berada di belakang pesaing-pesaing yang terus-menerus mengeluarkan produk inovasi atau perkhidmatan yang inovatif selaras dengan perkembangan dunia semasa.




CADANGAN


Inovasi pula bermaksud cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan dan kehidupan masyarakat. Inovasi boleh berbentuk dari produk, perkhidmatan, proses dan teknologi. Bagi mewujudkan kreativiti dan inovasi  ia perlu dipupuk dengan acuan yang tersendiri dan mengikut strategi-strategi yang betul.


Untuk membuat produk inovasi perlulah  berfikiran secara  kritis dalam melaksanakan produk tersebut serta  dengan mencari penyelesaian yang kreatif dan inovatif, sehingga menjangkau pemikiran dan keberanian untuk bereksperimen dengan menggunakan kaedah kerja baru, di luar kotak.


Strategi kedua dengan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dengan barisan hadapan yang lebih berinovatif, yang selaras dengan matlamat program transformasi bagi mewujudkan enjin baru untuk melaksanakan perubahan dan membina momentum.


Strategi ketiga pula penyuburan nilai-nilai inovasi dan kreativiti dalam persekitaran dan budaya kerja dalam organisasi. Perubahan sikap bagi memupuk budaya inovasi dan kreativiti perlu bermula daripada pucuk kepimpinan atasan sehingga ke pucuk pimpinan bawahan.  Prrlulah berjiwa kreatif dan inovatif mencuba perkara baru, bagi memastikan nilai-nilai kreativiti dan inovasi benar-benar dihayati dan menjadi budaya kerja sekalian anggota di dalam organisasinya.


Strategi keempat, untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif seseorang itu perlu berkemahiran dan berilmu pengetahuan. Budaya pembelajaran seperti membaca, berbincang, membuat penyelidikan, berkursus, berseminar, melanjutkan pelajaran dan penganjuran perbagai majlis ilmu yang melibatkan anggota organisasi, perlu terus dipupuk dan dikembangkan kerana ia akan menjadi sumber kepada cetusan idea kreatif dan inovatif.


Strategi terakhir ialah dengan melaksanakan perbagai aktiviti bagi pembudayaan inovasi, menggalakkan penubuhan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi memberi ruang dan peluang kepada  untuk menyuarakan sesuatu bagi menyelesaikan sebarang permasalahan kerja atau cadangan inovasi yang dapat meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan organisasi tersebut.


Program mendekati masyarakat perlu dilaksanakan secara berterusan dan telus bagi membolehkan rakyat mengemukakan aduan, input, cadangan inovasi atau sebarang cadangan bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan dalam negara.


Kesimpulanya, segala apa yang dirancangkan perlu dilaksanakan bagi mengembangkan budaya inovasi dan kreatif dalam organisasi. Tranformasi harus dilakukan tidak kira dari sektor mana dapat melahirkan pekerja yang produktif dan secara tidak langsung akan meningkatkan imej negara

ISI DAN HURAIAN


Peranan pendidikan merupakan faktor yang amat  penting dalam upaya menyelesaikan masalah dalam kehidupan.Kepentingan dalam inovasi ini boleh meningkatkan kemajuan produk tersebut. Ia jugak dapat menjadikan seseorang tu menjadi lebih kreatif, berfikir secara lebih mendalam. Antara kepentingan inovasi ini adalah kita dapat melihat sesuatu produk itu terdapat perubahan daripada keadaan sebelumnya. Perubahan produk yang dilakukan ianya lebih mesra alam, terdapat banyak kebaikan. di samping itu melalui produk inovasi ini membolehkan seseorang itu menjana pendapatan dan ia juga dapat meningkatkan ekonomi seseorang individu tersebut. Perkara yang diharapkan setelah dilakukan inovasi dalam kalangan pendidikan ialah perubahan produk inovasi ini dapat menunjukkan sesuatu yang unik dan menarik dari keadaaan sebelumnya. Perbezaan keadaan sebelum dan seleepas ianya adalah mesra alam. Pembaharuan produk ini menjadikan seseorang itu peka terhadap produk tersebut. Ia jugak menjadikan  individu tersebut dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi. Ini dapat menjadikan produk inovasi tersebut mempunyai pencapaian tujuan yang jelas. Inovasi merupakan sesuatu kaedah atau sistem yang baru diperkenalkan bagi tujuan memudahkan kehidupan pada masa akan datang. Menyedari kepentingan inovasi terkini dalam kehidupan seharian, membudayakan inovasi dalam kalangan generasi muda perlu dilakukan seawal usia. Di peringkat pendidikan tinggi, Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program termasuk pertandingan tertentu yang berkaitan inovasi dalam usaha membudayakan inovasi dalam kalangan pelajarnya. Antara produk yang dihasilakan melalaui Pertandingan Inovasi dan Reka cipta  ialah penghalau lebah, sistem klinik, sistem maklumat pinjaman barangan stor sukan, mini urban farming dan beg beroda. Inovasi dan kreativiti adalah fokus utama kerajaan dalam usaha menuju ke arah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pendek kata, inovasi merupakan asas kepada pertumbuhan dan kemajuan negara. Pelbagai program yang telah dirangka dan dilaksanakan bagi membudayakan inovasi di peringkat sektor awam menandakan kepentingan budaya inovasi dalam mendukung agenda transformasi sektor awam. Mengambil iktibar daripada pendekatan itu, pelbagai landasan telah disediakan bagi mengiktiraf hasil inovasi yang diketengahkan oleh individu atau kumpulan di sektor pengajian tinggi. Setiap manusia dikurniakan tahap inovasi yang berbeza-beza dan tahap inovasi seseorang individu itu mungkin bergantung kepada pengalaman, pendedahan, kebijaksanaan atau kepekaan mereka menilai persekitaran. Seseorang yang sangat peka kepada persekitaran sama ada dalam lingkungan kehidupan masyarakatnya atau yang lebih global akan dapat menghasilkan inovasi yang lebih baik, minat terhadap inovasi perlu dipupuk dan diambil perhatian di semua peringkat masyarakat sama ada dalam kalangan pentadbir, penyelidik, usahawan, pendidik, petani dan yang lebih para pelajar . Pembudayaan inovasi akan menjadikan seseorang terdedah dengan tahap pemikiran yang meluas.


KESIMPULAN

Kreativiti dan inovasi ianya   bermula dengan idea. Justeru, melalui idea yang ada ianya dapat melahirkan sebuah produk inovasi yang m...